Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Konsep Ummah

SEJARAH ISLAM PENGGAL 2 STPM KONSEP UMMAH       Ummah berasal daripada perkataan arab yang bermaksud umat atau rakyat. Perkataan Ummah telah disebut di dalam al-Quran sebanyak 40 kali  yang bererti masyarakat, kumpulan atau umat manusia. Ummah boleh dibahagikan kepada dua iaitu ummah berteraskan ukhuwwah insaniah (hubungan sesama manusia) dan ummah berteraskan ukhuwwah islamiah (hubungan sesama muslim). Ummah di Madinah terdiri daripada masyarakat islam dan bukan islam. Masyarakat Islam terbahagi kepada dua iaitu kaum muhajirin dan ansar. Kaum Muhajirin merupakan penduduk Makkah yang telah berhijrah bersama Nabi Muhammad SAW ke Madinah, manakala kaum ansar pula merupakan penduduk asal Madinah yang terbahagi kepada dua iaitu suku Aus dan Khazraj.  Masyarakat bukan islam pula terbahagi kepada dua iaitu kaum yahudi dan musyirikin. Kaum yahudi terdiri daripada Bani Nadir, Bani Qunaiqa, dan Bani Quraizah. Namun, selepas penyingkiran kaum yahudi dari Madinah ummah...